Teori Kedatangan Awal Rumpun Melayu dan Kaum-kaum di Asia Tenggara

Terdapat pelbagai teori dikemukakan mengenai kedatangan rumpun Melayu di Asia Tenggara. Ada teori mengatakan kedatangan Austroloid ini berasal daripada tanah besar Afrika yang boleh dibahagi kepada dua gelombang.
Gelombang pertama mereka menyusuri pantai Afrika ke pantai tanah Semenanjung Arab ke pantai selatan Parsi ke pantai Asia Selatan seterusnya ke Asia Tenggara.




Gelombang kedua menyaksikan mereka berpisah di pantai selatan Parsi seterusnya ke naik ke utara sebelum ke laluan yang dikenali laluan sutera ke Yunan dan seterusnya ke Timur Asia (China, Korea, Mongolia& etc).







Terdapat juga teori mengatakan rumpun Melayu datangnya dari Yunan setelah menghilir sungai-sungai untuk ke Asia Asia Tenggara.
Seterusnya, terdapat teori mengatakan rumpun Melayu datangnya daripada Tanah Besar China.
Namun, terdapat juga pihak mematahkan teori ini dengan menyatakan DNA Rumpun Melayu itu lebih tua daripada DNA Cina, Korea dan Jepun dengan menyatakan bahawa Rumpun Melayu itu datangnya dari Asia Tenggara itu sendiri sebelum tersebar ke pulau-pulau di Lautan Pasifik dan Hindi serta selatan tanah besar China.
 Fakto banjir besar yang menenggelamkan pentas sunda diambilkira. Banjir ini menyebabkan penduduk Asia Tenggara bergerak kawasan yang lebih tinggi dari Laut China Selatan ke Vietnam, Filipina, Borneo, Tanah Melayu, Jawa dan kawasan-kawasan lain sekitarnya.
Usahlah kita bertengkar akan teori-teori ini. Lebih baik bersama kita selongkar untuk mencari titik-titik persamaan. Zaman sekarang , dengan adanya teknologi mengesan DNA memudahkan para pengkaji membuat kajian.

Sumber terdapat video.

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes