Umai Payak @ Udang

Umai merupakan sejenis makanan yang diperam dengan air limau ataupun air asam payak dan diperbuat daripada isi ikan mahupun udang. Bahan-bahan lain adalah mengikut citarasa sendiri.
Umai di Sarawak biasanya dikaitkan dengan masyarakat Melanau. Kini, masyarakat selain Melanau juga meminati makanan ini.

Bagi yang ingin membuatnya, boleh mencuba resepi Umai Udang ini .
Bahan-Bahannya :

  • Semangkuk Payak @ Udang dibuang kulit.
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar - dipotong du dan dihiris membulat.
  • 1/2 inci halia
  • 10 biji limau kasturi - ambil jus sahaja
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit garam 
  • Sedikit gula

Cara Membuat : 

  • Kisar atau tumbuk bawang merah, halia dan cili padi hingga lumat.
  • Kemudian gaul bahan kisar@tumbuk tadi bersama payak@udang. 
  • Langkah seterusnya, masukan jus limau kasturi, garam dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati pada udang.
  • Akhir sekali, masukan bawang besar  dan gaul hingga rata kemudian simpan umai tadi dalam peti sejuk. Biarlah 30 minit atau 45 minit sebelum dimakan bersama nasi panas.
Sumber : Dunia Cik Akak

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes