Pelajar sedang melakukan eksperimentasi penggunaan bahan-bahan dari kotak terbuang untuk dijadikan model pentas teater.
Kreativiti didefinisikan sebagai
kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, asli, berguna, bernilai dan
ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan
kreatif. Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif,
imaginatif, intuitif, dan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan
berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni. Berhubung perkara
ini, maka penyelidik dan juga sebagai pensyarah, telah melakukan
penelitian terhadap pelajar-pelajar di Pusat Kebudayaan, Universiti
Malaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang
telah mengambil kursus-kursus dalam Rekaan Set dan Prop, Seni Visual
Dalam Teater dan Komunikasi Visual.
Objektif penelitian kualitatif ini untuk mengenalpasti perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri bagi menghasilkan sesuatu rekaan
dan binaan set dalam sesebuah pementasan teater. Kegiatan mereka dan
membina set ini merangkumi penerokaan terhadap unsur seni dan prinsip
rekaan serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya untuk
menghasil model-model yang terbaik untuk sesebuah produksi teater.
Latihan dalam studio yang melibatkan rekaan dan binaan set turut
memperkenalkan pelbagai teknik dan kemahiran membina model set yang
kreatif serta menarik bila dipersembahkannya. Kesedaran melalui
pemerhatian alam dan persekitaran menjadi fokus kegiatan menghasilkan
rekaan dan binaan set yang kreatif. Kegiatan ini dapat memperkembangkan
persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas senireka seperti
warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan pelajar
menyelaras apa yang dilihat dan dialami seterusnya digunakan dalam
proses rekaan dan binaan model set untuk pementasan teater.
Model set pentas teater hasil dari rekaan pelajar yang menggunakan bahan-bahan dari kotak yang terbuang.
Kesimpulan hasil dari penelitian, penyelidik mendapati kemahiran menjana
idea secara kreatif dan inovasi bagi penghasilan rekaan dan binaan set
teater mempunyai pertalian yang penting dengan teknik dan sumber bahan
yang digunakan. Perkaitan ini dapat dibahagikan kepada empat disiplin
utama. Empat disiplin tersebut harus dijadikan teras bagi kemahiran
menjana idea secara kreatif dan inovasi. Empat disiplin tersebut
termasuklah pemahaman visual, latihan yang berkaitan unsur seni dan
prinsip rekaan, kefahaman dalam organisasi rekaan, kajian teori dan
analisis yang berkaitan dengan aspek visual set pementasan dan seni
persembahan teater secara keseluruhan.
*Klik gambar untuk paparan lebih besar
Kreativiti dan inovasi yang
berkaitan dengan kemahiran melukis dan mewarna memainkan peranan
penting bagi membina kreativiti seseorang pereka dalam sesebuah produksi
teater. Pendedahan penggunaan bahan dan teknik melukis serta mewarna
yang terbaik bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran dalam studio.
Pengenalan unsur-unsur seni
dan prinsip rekaan, proses kajian dari satu langkah ke satu langkah
paling penting. Ianya dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang
unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang wujud di dalam sesuatu rekaan
dan binaan model set. Pelajar dilatih mengenai kemahiran melukis,
mewarna, mereka bentuk serta kefahaman grafik dengan menggunakan
pelbagai media bagi menyampaikan berkaitan dengan proses rekaan dan
binaan set teater.
Walaupun setiap disiplin
mementingkan sesuatu aspek pendidikan seni yang berlainan tetapi pada
keseluruhan, ia berolah ke satu arahan yang sama iaitu mewujudkan
sesuatu fahaman terhadap kaedah, amalan dan teori dalam pemahaman
aspek-aspek visual dan seterusnya menimbulkan kesedaran bahawa
transformasi mewujudkan bentuk-bentuk seni yang baru dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Kursus-kursus dalam
disiplin yang berlainan dikendalikan untuk melahirkan daya pemikiran
kritis individu, meninggikan persepsi dan penghayatan nilai estetika.
Oleh itu, para pelajar berupaya untuk menterjemahkan idea-idea di dalam
bentuk visual merupakan perkara asas dan diutamakan bagi menghasilkan
sesuatu karya yang kreatif dan inovatif.
Kalau tujuan pereka set
hanya untuk menunjukkan kemampuan dalam mereka cipta rekaan set
sedangkan set tersebut boleh mengganggu pergerakan dan tiada kaitan
dengan persembahan. Maka rekaan dan binaan itu dianggap sia-sia dan
boleh membazirkan wang, masa dan juga tenaga dalam sesuatu produksi
Untuk menjadi pereka set
yang profesional, pelajar tidak boleh mahir melukis dan mereka hanya
pada peringkat asas. Ini kerana rekaan dan binaan set untuk sesuatu
persembahan tidak hanya terletak kepada bakat sahaja. Ia meliputi
beberapa bidang penting seperti pengurusan, psikologi, kepakaran
teknologi, kemahiran bahan, pengetahuan kraftangan, kepimpinan,
perundangan, produk dan lain-lain yang mempunyai kepelbagaian disiplin.
Pemikiran visual ialah satu
bentuk pemikiran yang menggunakan hasil pandangan-melihat, membayang
dan melukis. Dalam konteks rekabentuk, ianya memberikan tumpuan kepada
hasil ketiga daripada gambaran, lukisan atau lakaran. Hasil dari faktor
tersebut dapat membentuk satu persepsi yang mantap terutama melahirkan
idea kreatif dan inovatif dalam sesuatu rekaan.
Pereka set yang bijak
merupakan seseorang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang
kegunaan bahan serta persediaan pembuatan binaan set. Satu standard
harus disediakan bagi mencapai mutu kerja yang baik dan mantap dalam
produksi.
Kursus-kursus dalam
disiplin yang berlainan dikendalikan untuk melahirkan daya pemikiran
kritis individu, meninggikan persepsi dan penghayatan nilai estetika.
Oleh itu, para pelajar berupaya untuk menterjemahkan idea-idea kreatif
dan inovasi yang baru pada masa hadapan.
Pereka set harus berfikir
kritis dan kreatif bagi mendapat gambaran yang jelas tentang skrip
persembahan. Penggunaan carta morfologi sangat membantu pereka set dan
ahli dalam pasukan agar faham serta jelas dengan tugas yang bermula dari
analisis skrip hingga akhir persembahan. Kepelbagaian kepakaran pereka
set dan pasukan penting bagi proses sepanjang produksi berlangsung
terutama persediaan dari awal analisis skrip hingga selesai persembahan.
Hasil dari penelitian ini,
ianya membolehkan pelajar melahirkan idea dan ilham melalui
rekaan-rekaan tertentu yang diberikan yang diberikan dalam studio.
Melalui kaedah ini, pelajar dapat mempertingkatkan daya pemerhatian dan
konsepsi para pelajar serta kemahiran asas melukis dan rekacipta
berhubung dengan subjek yang diberikan. Seterusnya dapat diaplikasikan
kemahiran bagi mecipta model-model set yang kreatif dan menarik untuk
sesebuah produksi pada masa hadapan.
Pereka set harus berupaya
menghasilkan ciptaan seni baru, bereksperimen, pemuliharaan dan tahu
berusaha memajukannya agar hasil yang diperolehi mempunyai satu standard
kualiti yang tinggi dalam sesebuah produksi atau bidang-bidang kesenian
yang berkaitan dengannya
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.