BEIJING 26 Jun - Sebanyak 27 orang terbunuh
apabila penyerang bersenjatakan pisau menyerang penduduk minoriti Uighur
di wilayah bergolak di barat China, awal hari ini, kejadian yang hampir
sama dengan insiden berdarah pada 2009 yang mengorbankan hampir 200
orang.
Menurut agensi berita Xinhua, keganasan yang berlaku pada pukul 6
pagi itu turut menyebabkan tiga warga Turki cedera, selain menjadikan
bangunan kerajaan dan tapak pembinaan sebagai sasaran utama mereka.
Sebanyak 17 orang terbunuh dalam serangan itu termasuk sembilan
anggota polis, sebelum polis bertindak menembak mati 10 penyerang di
Lukqun, sebuah bandar di wilayah Turpan.
Memetik pegawai jawatankuasa Parti Komunis di rantau itu, Xinjiang
merupakan penempatan terbesar minoriti Uighur beragama Islam, tetapi
diperintah oleh etnik majoriti Han China, wilayah yang bersempadan
dengan Asia Tengah, Afghanistan dan Pakistan.
Laporan tersebut bagaimanapun, tidak mendedahkan maklumat lanjut punca pergolakan terbaharu tersebut.
Seorang pegawai yang dihubungi berkata, dia hanya mengetahui berita itu melalui Internet dan tidak mempunyai maklumat. - AGENSI
Home Timur Serangan Bersenjatakan Pisau Ke Atas Etnik Islam Uighur
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.