SIMUNJAN
– Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia
ditemui masih bernyawa walaupun kemaluan, perut dan tangan kirinya
cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah
ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini
kelmarin.
Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.
Senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.
“Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera.
“Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya. Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut,”
-Sinar harian-

Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.