Eldstal janji bantu pertahan pingat emas

Eldstal janji bantu pertahan pingat emas
Kuala Lumpur: Pemain tengah Sarawak, Junior Eldstal yang sempat beraksi pada 10 minit terakhir ketika menentang Chelsea di Stadium Shah Alam, Ahad lalu, bertekad mahu menggunakan peluang di Jepun untuk menunjukkan kemampuannya.

“Bermain menentang Chelsea adalah peluang sekali seumur hidup. Walaupun hanya 10 minit, ia adalah 10 minit yang cukup bermakna.
“Bukan mudah untuk melakukan sesuatu dalam tempoh singkat itu, tetapi saya sudah memberi yang terbaik dan berbangga dapat mewakili negara,” kata Junior yang membantu Sarawak menjuarai Liga Perdana dalam lapan perlawanan terakhir musim ini selepas berpindah dari England.


Eldstal atau nama tempatannya Putera Nadher Amarhan masuk menggantikan Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-81 sebagai bek tengah.

Pemain 21 tahun berdarah campuran Sweden-Malaysia itu turut mensasarkan membantu skuad Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar Disember ini, tetapi fokus utama ialah menyempurnakan misi penting skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan Piala Asia.

“Pasukan ini ada potensi dan pemain bagus,” katanya.
- bh-

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes