FAKTA SEBENAR MENGENAI ISU MAKAN DI TANDAS | Semalam kecoh di
laman-laman sosial apabila sekeping gambar yang menunjukkan pelajar
Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buloh yang dikatakan terpaksa
makan di dalam ‘tandas’ akibat kantin ditutup.
Terlalu banyak mulut yang bukan sahaja mempersoalkan isu tersebut tetapi
juga menghentam tindakan pihak pengurusan sekolah tanpa mengetahui
fakta yang sebenar.
Memetik daripada sebuah blog yang ditulis oleh seorang lelaki berbangsa
India, dia sendiri telah melawat sekolah tersebut berhubung isu yang
dibangkitkan dan seolah kecewa dengan khabar angin yang dibawa.
Berikut merupakan beberapa fakta yang anda perlu tahu berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh lekai tersebut.
1. Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung
sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama.
Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil
dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin
itu sendiri.
3. Guru Besar yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
4. Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja
yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013 dan bukan baru seperti yang
dinyatakan dalam beberapa blog. Ini adalah salah satu inisiatif Guru
Besar untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah
terik dan panas matahari.
5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar
MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai “kantin”.
Maka, hentikan sentimen perkauman di sini.
6. Sebenarnya TIADA, saya ulang TIADA tandas berdekatan dengan bilik
persalinan tersebut. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan
untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda “tandas” (gambar lelaki dan
perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ.
sebenarnya, itu bukan tanda “tandas” tetapi tanda yang membezakan bilik
persalinan lelaki dan perempuan.
8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan
jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik
persalinan.
9. Kenapa tak guna perpustakaan atau kelas? Pengetua menggunakan bilik
persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat
itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan
perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang
india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini
dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana
masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua
pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk,
mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal
ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di Facebook, hanyalah
melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang
kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini
telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup “kantin sementara” dan
telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh
pengetua sekolah.
Justeru, dalam isu sebegini kita seharusnya fikir secara waras.
Takkan Guru Besar sesebuah sekolah itu berada di tahap yang terlalu
‘bodoh’ hingga membiarkan anak muridnya makan di dalam tandas yang
berbau busuk.
Secara rasional, Guru Besar sekolah tersebut telah bertindak secara
bijak dengan menyediakan ‘kantin’ sementara yang mempunyai fasiliti
seperti sinki.
Guru-guru masih lagi mempunyai sifat kemanusiaan serta prihatin terhadap perubahan semasa.
Pada masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlulah menangani isu
tersebut secara segera supaya isu tersebut tidak lagi berlanjutan.
Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri harus segera
menambah baik keadaan kantin di sekolah tersebut supaya para pelajar
dapat menikmati keselesaan seperti pelajar-pelajar di sekolah lain.
Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut yang
terlewat pulang semasa membuat tinjauan terpaksa berbuka di dalam
‘kantin’ sementara itu.
-Sumber : Mazeer
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.