LIMBANG: Tanda tanya yang menyelubungi seorang ibu selepas melihat anak perempuannya berusia dua tahun tidur di atas badan abangnya, 17, tiga bulan lalu terjawab apabila suspek dipercayai merogol adik kandungnya sendiri di sebuah rumah di kawasan Batu Danau kelmarin.
Kejadian itu terbongkar selepas jururawat dari hospital yang membuat lawatan di kawasan tersebut kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atas mangsa.Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan jururawat terbabit mendapati ada tanda kemerahan pada kemaluan mangsa.
“Selepas dirujuk di hospital, didapati mangsa dipercayai dirogol oleh suspek yang juga abang kandungnya.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Miri hari ini (semalam) untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Katanya lagi, hasil siasatan awal polis mendapati suspek mengalami masalah mental dan tidak pernah menjalani rawatan.
“Malah mangsa dan suspek juga tidak mempunyai kad pengenalan diri dan suspek hanya sempat bersekolah setakat darjah dua sahaja,” tambahnya.
Beliau berkata, sebelum ini ibu mangsa pernah ternampak mangsa tidur di atas badan suspek dan tidak menjangkakan apa-apa sehingga terbongkarnya perbuatan suspek yang merogol adiknya sendiri.
Laporan polis, katanya, dibuat ibu mangsa pada am 7.40 malam kelmarin dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam.-theborneopost-
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.