Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar
berkata pinjaman PTPTN adalah satu keperluan kepada golongan pelajar dan
berbeza dengan pinjaman berasaskan pilihan peribadi seperti kad kredit
dan kenderaan. "Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan
kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di
institusi pengajian tinggi.
"Dan keperluan memiliki kelulusan sama
ada diploma atau ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan
intelektual seseorang anak muda," katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini. Beliau mengulas cadangan Menteri Pendidikan II Datuk Seri
Idris Jusoh semalam untuk melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank
Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menerusi pendekatan itu, Idris berkata
peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi
kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad
kredit, sewa beli dan sebagainya. Khairy berkata kerajaan sepatutnya
menggunapakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas
peminjam yang masih ingkar.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan
berkata keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu dan
pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang
mengambil kira situasi semasa peminjam PTPTN. "Pada masa sama, kumpulan
peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah
kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan
umum yang negatif kepada PTPTN," katanya. –- Bernama
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.