Lewandowksi mahu kejayaan Dortmund

SETELAH menghabiskan hampir seluruh musim panas membuat rancangan untuk berpindah ke Bayern Munich, pemain antarabangsa Poland, Robert Lewandowski berkata beliau kini mahu menamatkan musim terakhirnya bersama Borussia Dortmund dengan penuh kejayaan.

Pemain berusia 24 tahun itu gagal untuk memenuhi impian beliau untuk berpindah ke juara Eropah tetapi kini berkata episod tersebut sudah berakhir dan beliau kini mahu berusaha untuk membantu majikan beliau sekarang merampas semula gelaran Bundesliga. “Musim panas ini amat hampa dan pahit buat saya tetapi perbezaan sudah dilupakan dan tajuk ini sudah ditutup,” jelasnya.

“Apa yang menjadi perhitungan sekarang ialah gelaran,” beritahunya kepada majalah Sport Bild dalam temuramah yang diterbitkan semalam. Bagaimanapun, tidak terdapat peluang untuk beliau mengubah keputusannya. “Ini akan menjadi musim terakhir saya di Dortmund,” ujarnya.

N a m u n L e w a n d o w s k i mendapat konsesi daripada kontrak beliau yang akan tamat pada Mei 2014, mendapatkan kenaikan gaji daripada 1.5 juta euro setahun kepada lima juta euro untuk tempoh 10 bulan terakhir kontrak beliau di Dortmund. Pemain kelahiran Warsaw ini telah membuat sasaran untuk merampas kesemua tiga trofi yang Bayern menangi musim lepas daripada gergasi Bavaria itu, yang turut memenangi Piala Jerman, Bundesliga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Tetapi Lewandowski berkata beliau menjangka “persaingan sengit dijangka berlaku sehingga ke hari-hari terakhir kempen.” Dan beliau menjelaskan Borussia kini “lebih baik berbanding tahun lepas” walaupun telah menjual bintang mereka Mario Goetze kepada Bayern. “Dengan (pemain baharu) Pierre-Emerick Aubameyang, Sokratis dan Henrikh Mkhitaryan, kami mempunyai skuad yang lebih baik berbanding tahun lepas,” katanya.

Dortmund memulakan musim mereka dengan dua kemenangan berturut-turut dengan Aubameyang menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-0 perlawanan pembukaan mereka ke atas Augsburg sebelum Lewandowski sendiri menjaringkan g o l s e n d i r i dalam kejaya a n 2 - 1 k e atas Eintracht B r u n s w i c k hujung minggu lepas. — AFP

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes