Ella Bedah Buang Appendiks


Ratu Rock Ella terpaksa menangguhkan hasrat nak beraya dengan keluarga sebelah suaminya kerana  menjalani pembedahan membuang Appendiks pada dua minggu lalu.
Kata Ella,

“Saya telah merancang untuk pulang ke kampung suami di Muar, namun tidak berkesampaian kerana saya disahkan menghidap appendiks dan terpaksa menjalani pembedahan serta bermalam di hospital selama tiga malam,”
Dia segera berjumpa doktor kerana sering kali diserang sakit perut terutama sekali apabila kitaran menstruasinya semakin hampir. Doktor menganggarkan tempoh sebulan untuk Ella kembali pulih seperti sedia kala selepas pembedahan membuang appendiks beberapa minggu lalu.
Semalam Ella ada membuat persembahan di konsert  ‘Harmony dan Unity’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Jadi, tidak hairanlah penampilan Ella pada konsert malam tadi kelihatan seperti berhati-hati.
“Saya sepatutnya menyanyikan tiga buah lagu. Dua buah lagu saya sendiri dan sebuah lagu duet bersama Ahmad Dhani. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Saya belum sihat sepenuhnya selepas pembedahan dan tidak mahu memudaratkan kesihatan atas nasihat doktor,”
sumber : Gua.com.my

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes