Bumi semakin tua,
tetapi masih banyak sekali misteri yang belum terungkap yang masih
menjadi rahasia alam bagi kita selaku manusia yang mendiami bumi ini.
Atau juga mungkin keunikan atau keanehan itu sendiri sebenarnya berada
tidak jauh dengan kita.
Dr Takeshi Yamada, pengkaji yang berasal dari Jepun, yang melakukan
kajian dan perjalanan yang mungkin sudah mengelilingi sebahagian dari
dunia ini, menemukan 10 makhluk aneh yang mengegarkan dunia ilmu
pengetahuan.
1. Vampire Monkey
Salah satunya adalah monyet vampire di China. Seperti yang kita ketahui
tentang vampire, maka hidup monyet vampire ini tergantung dari menghisap
darah makhluk lain. Yang menjadi keunikan dari mahluk ini adalah,
setiap pergerakkan dan aktivitinya sebahagian besarnya banyak
menggunakan tangan, sepertimana manusia. Spesies ini diyakini sebagai
mata rantai yang terputus dari evolusi manusia sehingga berbentuk
seperti sekarang. Keunikan yang lainnya, mahkluk ini membuat sarangnya
sama seperti burung, dengan cara menenun sarangnya.
2. Siput Cupachabra (cupachabra snail)
Penemuan berikutnya
adalah keong raksasa yang ditemui oleh Dr Takeshi Yamada dari laut
terdalam. Kakinya yang mirip seperti chupacabra, oleh kerana itu diberi
nama siput chupacabras.
3. Giant Carniverous Snail
Penemuan
selanjutnya adalah siput pemakan daging yang terbesar di dunia yang
ditemui pada awal tahun 2007. Siput ini juga mempunyai senjata maut,
iaitu racun yang dikatakan boleh membunuh mangsa.
4. Blue Merman
Salah satu
penemuan yang mengerikan adalah blue merman yang ditemui di Pulau Sado.
Spesis ini mirip spesies kadal atau bunglon. Tangan makhluk ini
berbahaya yang boleh mengembang. Apabila usianya semakin bertambah,
makhluk ini akan menjadi mirip seperti kodok.
5. Bayi aneh (two headed)
Mumia bayi berwajah dua ini kini berada di Musium kedoktoran di Coney Island Hospital.
6. Ular Laut Raksasa (Giant Sea Serpent)
Penemuan ular laut raksasa di dasar laut Pulau Awaji.
7. Ancient Horsea Crabs (Kepiting Ladam).
Dua spesies baru
kepiting ladam yang dikatakan hidup masa pra sejarah sekitar 400 juta
tahun lalu. Beberapa waktu yang lalu kepiting purba ini ditangkap oleh
kumpulan pengkaji dasar laut dari Universitas Higashi Osaka Jepun. Masih
ada 4 spesies epiting purba yang dikatakan hidup 250 juta tahun lalu.
8. Semut Berwajah Manusia (Human Faced Ants)
Semut
berwajah manusia. Ada banyak semut-semut berwajah manusia yang
ditemukan di India, melebihi di negara manapun. Salah satu contohnya
adalah yang dimiliki dr Takeshi Yamada yang merupakan hasil ekspedisi
tahun 2004. Coney Island Anthropoliogical Institute juga memiliki
koleksi ini.
9. ST.Helena Giant Earwig
Makhluk
yang berasal dari St Helena ini, dikatakan telah pupus pada beberapa
dekad yang lalu kerana pembangunan pelabuhan udara antarabangsa di sana.
Para ilmuwan dan pemerhati entomologists melakukan protes dalam
beberapa tahun terakhir pembangunan sebelum pupusnya spesies ini. Kajian
yang dipimpin oleh Dr Takeshi Yamada pada 2005 menemukan beberapa
spesies baru earwigs raksasa. Kajian ini merupakan sebahagian dari
program yang dilakukan di Coney Island University.
10. Duyung Fiji (Fiji Mermaid)
Makhluk
dengan kaki mirip putri duyung ditemukan di Shikoku, Jepun. Dipanggil
Ningyo Shinko kerana makhluk tersebut dianggap oleh masyarakat setempat
sebagai kiriman para dewa. Banyak tempat keramat agama Shinto dan kuil
Buddha mengabadikan Duyung ini sebagai makhluk suci.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.