Aktiviti Mencuri berselindung di Sebalik Menjual Kuih/ikan

Kota Samarahan- Seorang wanita dan kanak-kanak yang melakukan aktiviti mencuri secara terbuka berselindung di sebalik aktiviti menjual kuih/ikan sedang berleluasa. Kes terbaru berlaku di Kampung Pengkalan Kuap. Mereka terdiri daripada seorang wanita yang di temani kanak-kanak. Admin tidak pasti sama ada mereka berdua ini ibu dan anak atau sebaliknya. Untuk memudahkan, admin gunakan perkataan si ibu dan si anak. 

Aktiviti di lakukan nampak tidak mencurigakan, kerana ketika memperkenalkan kuih/ikan yang hendak di jual, si anak tiba-tiba bertanya kepada si Ibu untuk membuang air besar. Selepas meminta kebeneran dari tuan rumah(mangsa), si Anak akan terus masuk ke rumah. Tanpa rasa curiga, tuan rumah(mangsa) akan membiarkan.

Dalam waktu si Ibu berbual rancak dengan tuan rumah(mangsa), si Anak akan mengambil peluang untuk mengekplorasi kawasan ruang rumah yang agak terselindung dan mengambil peluang untuk mencuri apa-apa jua yang dapat di capai.

Tolong sebarkan kepada rakan anda, terutama suri rumah atau individu yang tinggal berseorangan kerana ini lebih memudahkan aktiviti mereka.

Langkah berjaga-jaga harus di ambil, jangan layan jika ada penjaja yang menjaja lebih dari seorang. -Kamek Sayang Samarahan
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes