SANDAKAN – Tiga lelaki maut selepas dua lori bertembung di Kilometer 27 Jalan Labuk Sandakan.
Kejadian pada kira-kira 6.50 petang itu membabitkan sebuah lori 10 tan yang bertembung lori treler.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asistan Komisioner Rowell Marong berkata mangsa yang maut ialah pemandu lori treler Habibulla Sailala, 54, dan pemandu lori 10 tan Mohd Rezuan Omar, 35, serta penumpangnya, Senion PongSampe, 36.
Beliau berkata kesemua mangsa mati di tempat kejadian dan operasi mengeluarkan mayat yang tersepit dilakukan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.
Siasatan awal mendapati lori treler memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori 10 tan, katanya ketika dihubungi Bernama.
Marong berkata kesemua mayat dihantar ke Hospital Duches Of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, enam anggota bomba diketuai Pegawai Operasi Anduring Habib bergegas ke lokasi nahas sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.53 petang.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.