Inflasi dijangka naik 0.3% ekoran kenaikan harga minyak

Abdul Wahid Omar
Abdul Wahid Omar
Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)
PETALING JAYA – Kadar inflasi negara dijangka meningkat kepada 2.3 peratus susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen mulai hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ketika ini kadar inflasi negara adalah dua peratus dan kenaikan tersebut memang tidak boleh dielakkan.
Beliau bagaimanapun menegaskan, kadar inflasi negara adalah masih rendah berbanding negara lain.
“Ini adalah matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar defisit negara iaitu 3 peratus pada 2015. Tahun lepas di tahap 4.7 peratus.
“Keduanya adalah bagi menguruskan semua hutang kerajaan yang kini mencecah 53.5 peratus. Kerajaan kini komited untuk mengekalkan pda tahap berkenaan hingga 55 peratus. Kerajaan akan mengambil kira mengenai lebihan ini,” katanya selepas merasmikan Progam Pengsumberan Luaran peringkat kedua Ekuiti Nasional Berhad.
Abdul Wahid turut memberitahu, kadar lebihan perbelanjaan kerajaan kini turun kepada RM2.6 bilion pada suku kedua berbanding RM8.7 bilion lebihan pada suku pertama tahun ini.
“Pada dasarnya pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam adalah langkah pertama ke arah menangani rasionalisasi subsidi khusus untuk bahan api,” tegas beliau.
Tahun lalu keajaan membelanjakan RM24.8 bilion bagi memberikan subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter untuk diesel.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.-abn-
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes