"Tidak sabar rasanya nak beli ikan di Simunjan" kata seorang penduduk Gedong yang bersiar-siar bersama ahli keluarga untuk melihat peratusan tahap pembinaan jambatan Simunjan-Gedong di Sungai Simunjan /Sageng.
Rata-rata mereka berharap jambatan dapat disiapkan dalam tempoh 3 bulan lagi dan dapat digunakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pembinaan jambatan ini akan merapatkan hubungan penduduk Simunjan dan Gedong yang terpisah oleh jalan walaupun dalam satu daerah yang sama iaitu daerah Simunjan.
Jambatan di Sungai Skrang Gedong sudah siap namun jambatan di Sungai Simunjan 68% siap.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.