Kampung Binyu Samarahan Atau Kuching?

Kampung Binyu sememangnya ramai yang mengatakan bahawasanya kampung ini dalam Bahagian Samarahan. Namun perlu anda ketahui bahawa perkampungan ini dalam Bahagian Kuching. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Melayu yang berasal daripada Kampung Tabuan , Kuching.

Perkampungan ini tampak kedudukan dalam Bahagian Samarahan kerana jalan menghubungkan kampung ini di dalam Bahagian Samarahan .

Kini kampung terpisah dua antara dua bahagian setelah kampung ini  dibina jalan dan jambatan. Perkampungan ini pada mulanya di seberang sungai, tidak jauh daripada lembaga Koko. Dianggarkan 30 pintu rumah dialih ke kawasan perkampungan lot iaitu bersebelahan kawasan perumahan Riveria. Ianya adalah kampungan Binyu  yang baru dan wujud dalam Bahagian Samarahan yang berasal dari Kampung Binyu , Kuching.

Namun , ianya dikenali sebagai Riveria Murni.

Gambar : Riveria Murni

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes