Pemain Sarawak beraksi dengan penuh semangat walaupun ketiada Rony Harun , S.Chanturu & Mohd. Lot Hassan malam tadi.
Matias Conti menjaringkan gol pada minit ke 37 perlawanan masa pertama. Beberapa keputusan pengadil yang dilihat tampak berat sebelah menghangatkan suasana dan penyokong tidak berpuas hati.
Joseph menyamakan kedudukan pada minit 47 sebaik bermula masa kedua perlawanan.
Sarawak jatuh satu anak tangga iaitu keenam , satu mata ketinggalan dengan pencabar terdekat Kelantan yang berjaya menewaskan Selangor 2-0.
Kredit foto : Dunia Sukan