KOTA SAMARAHAN: Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga
pelajar perempuan yang terbabit dalam video budak pailang dihantar ke
Sekolah Tunas Bakti masing-masing di Sabah, Terengganu dan Melaka
selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah
sekolah menengah di Asajaya, 25 April lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman mengarah tiga terbabit menjalani pemulihan akhlak selama dua tahun bermula hari ini.
Sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti mereka diletakkan di bawah
jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di Taman Sri Puteri
Telaga Air, Kuching sementara mendapatkan tiket penerbangan.-Berita
Harian
Home Sarawak 3 'budak pailang' dihantar ke Sekolah Tunas Bakti
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)