Penjawat awam di bawah kerajaan negeri Sarawak dapat "durian runtuh Hari Raya"


KUCHING - Kira-kira 22,000 penjawat awam di bawah kerajaan negeri bakal mendapat 'durian runtuh' setelah kerajaan Sarawak bersetuju memberikan bonus khas sempena Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd. Morshidi Abdul Ghani berkata, keputusan tentang berapa jumlah bonus diberikan akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet negeri yang mungkin diadakan minggu depan.

"Dari segi jumlah, biasanya kita akan ikut kerajaan Persekutuan, namun tetap bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan laman sesawang Pusat Kecermerlangan Teknikal (CTE) di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Menurut Morshidi, sudah menjadi amalan sebelum ini, jumlah bonus yang diberikan kepada kira-kira 22,000 kakitangan awam di negeri ini adalah sama dengan kerajaan Persekutuan.

Sarawak merupakan negeri ketiga yang mengikut jejak kerajaan Persekutuan memberi bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awamnya selepas Selangor dan Pulau Pinang. -Sarawakiana
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes