Kampung Gedong telah wujud sejak 1,000
tahun dahulu. Ia bermula daripada penghijrahan masyarakat nomad yang
menemui kawasan tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Bermula dari itu,
kampung tersebut terus dijadikan penempatan penduduk sehingga ke hari
ini.
Menurut sejarah, perkataan
Gedong berasal dari perkataan "Gudang". Pada asalnya, gudang adalah
tempat untuk menyimpan hasil padi, namun telah dirampas oleh kumpulan
lanun untuk menyimpan harta karun mereka.
Dipercayai, masih terdapat
peninggalan harta karun yang terkumpul di gudang ini seperti tembikar,
syiling emas dan perak, bunga emas dan pinggan mangkuk yang berharga.
Sehingga kini, tapak bekas peninggalan gudang tersebut masih wujud.
Bukti sejarah menjadi semakin kukuh setelah penduduk kampung menemui
beberapa artifak lama. Kebanyakan artifak yang ditemui telah dihantar
ke Muzium Negeri Sarawak.
Sejarah juga membuktikan bahawa
gedung simpanan tersebut terletak di Ujud Bungin iaitu di Sungai Batang
Sadong. Daripada peristiwa itu, penduduk-penduduk mendapat ilham untuk
mencantumkan dan memendekkan perkataan "Gudang" dan "Sadong" menjadi
Gedong. Semenjak itu, kampung ini diberi nama Kampung Gedong.
Dipercayai, penduduk asal
Kampung Gedong adalah berketurunan Melanau. Sehingga kini masih
terdapat bekas tapak penempatan mereka di Lubuk Melanau yang terletak
tidak jauh dari tebing sungai di kampung.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.