Yang mana satukah Masjid Al-Aqsa?


Jawapan: Masjidil Aqsa adalah KESELURUHAN KAWASAN yang berada dalam garisan kotak merah itu termasuk Masjid Qubbatus Sakhrah (kubah kuning) dan Masjid Qibly (kubah hitam kelabu). Kawasan itu luasnya 144 ribu meter persegi dan mampu memuatkan lebih 500 ribu jemaah dalam satu masa. Bahkan, anda tunaikan solat di mana-mana masjid atau kawasan lapang dalam kawasan itu akan mendapat pahala 500 kali ganda seperti dalam hadis Nabi;
"Solat di Masjidil Aqsa mendapat pahala sebanyak 500 kali ganda, dan solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) mendapat pahala sebanyak 1000 kali ganda, dan solat di Masjidil Haram mendapat pahala sebanyak 100 ribu kali ganda" (H.R Ibnu Majah)
Di dalam Masjid Qubah As-Sakhrah yang berkubah kuning terdapat satu batu besar yang menjadi tempat Rasulullah SAW diangkat ke langit bertemu Allah SWT untuk menerima wahyu kefardhuan solat di dalam peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini dirakamkan Allah di dalam Al-Quran, surah Al-Isra', ayat 1.
Kedua-dua binaan masjid berkubah hitam dan kuning ini tidak wujud semasa peristiwa Israk & Mikraj. Kedua-duanya dibina selepas kewafatan Rasulullah SAW. Masjid Qubah As-Sakhrah dibina pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dinamakan sebagai Masjid Kubah Batu kerana di dalamnya terdapat batu tempat Rasulullah diangkat ke langit.
Manakala Masjid Qibliy, asalnya adalah musolla kecil yang dibina sempena memperingati tempat solat Saidina Omar sebaik membuka Masjid Al-Aqsa. Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah membina bangunan masjid tersebut tetapi disempurnakan oleh anaknya Khalifah Al-Walid. Dinamakan Masjid Al-Qibliy kerana kedudukannya yang menghadap ke kiblat di Makkah.
Dua buah masjid yang anda lihat bertanda anak panah itu ialah masjid besar yang berada dalam kawasan itu. Terdapat lagi masjid-masjid kecil yang lain yang juga dikira sebagai Al-Aqsa. Malah terdapat juga masjid bawah tanah!
Jika keseluruhan kawasan bertembok adalah Masjid Al-Aqsa, ini bermakna Tembok Buraq yang pada hari ini telah dirampas oleh Yahudi dan dijadikan Tembok Ratapan (The Wailing Wall) juga sebenarnya adalah sebahagian dari Masjid Al-Aqsa!
Jangan pelik jika ramai yang memainkan polemik Masjid Al-Aqsa hanyalah salah satu dari binaan di atasnya sehingga kita lupa Masjid Al-Aqsa telahpun dirampas oleh Yahudi pada bahagian Tembok Buraq.
Hari ini mereka merampas satu tembok. Lama-kelamaan Yahudi akan mula menawan sedikit demi sedikit kawasan Masjid Al-Aqsa, tetapi umat Islam sedang bertelagah untuk menentukan Masjid Al-Aqsa hanya pada dua binaan di atasnya!
Jadi semoga tiada lagi pembaca yang keliru.

Sumber : AMAN PALESTIN

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes