Nama-nama Kerajan Sarawak Pada Peta Eropah

De Barros yang menulis pada tahun 1530 mencatatkan kepentingan kota-pelabuhan Sarawak:

“In Borneo, Lave, Tanjapura, Cerava, the principal ports of this island there are many wealthy merchants who trade to Malacca, Sumatra, Siam, China and other ports, to which they export diamonds, camphor, agala wood …. “

Petikan ini jelas menunjukkan bahawa nama Santubong telah tidak digunakan lagi dan digantikan oleh Sarawak. Lebih penting lagi Sarawak pada masa itu dengan jelas dibezakan dengan Brunei yang ditulis sebagai Borneo dan jika tidak Brunei tidak disebut langsung sebagai pelabuhan penting.

Peta-peta Eropah abad ke-16 dan 17 menamakan Sarawak (bukan Kuching) sebagai Cereua (1537) dan Cereuwa (1550) ataupun Cerava; Belanos (Melano), Sedang (Sadong), Calca (Kalaka) dan River de Burulu (Bintulu).Kepentingan Sarawak pada abad ke-16 juga boleh dilihat dari cadangan raja Brunei, Sultan Saiful Rijal untuk pindah ke Sarawak setelah Sepanyol menduduki bandar Brunei pada tahun 1578.

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes