Di
samping itu sebuah lagi politi yang mungkin terletak di Kuala Sungai Rejang,
sungai selepas Sungai Kalaka, bernama Malano. Di kuala
sungai ini juga seorang sejarawan terkenal, J.L. Moens berpendapat kerajaan
Melayu awal, Srivijaya dipercayai berpusat. Setakat ini
belum dijumpai benda-benda arkeologi di kuala Sungai Rejang. Nan-hai-chih ada
menyebut Achen (Igan) Wentuling (Bintulu).
Kewujudan
politi-politi awal di wilayah kebudayaan Sarawak versus wilayah kebudayaan
Brunei sukar untuk ditolak dan dipisahkan daripada masa silam Sarawak Lama
ataupun Sarawak Baru. Penemuan benda-benda arkeologi di tiga lembah
merupakan bukti kuat tentang kewujudan politi-politi Sarawak dan bukan
Brunei. Sumber-sumber bertulis dari China dan Jawa menguatkan lagi
politi-politi ini walaupun pada suatu ketika mereka jatuh di bawah ketuanan
Brunei (Bo-ni) dan Majapahit. Keraguan yang timbul setakat ini adalah
mengenai politi di kuala Sungai Rejang. Sumber bertulis yang telah
disebutkan di atas mencatatkan beberapa buah politi tetapi artifak-artifak
arkeologi belum lagi ditemui. Bagaimanapun ketuaan
politi-politi Sarawak ini tidak dapat dinafikan sebagai sebahagian daripada
masa silam Sarawak Lama dan Baru.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.