Negeri Melano : Kuala Rajang dan Bintulu

Di samping itu sebuah lagi politi yang mungkin terletak di Kuala Sungai Rejang, sungai selepas Sungai Kalaka, bernama Malano. Di kuala sungai ini juga seorang sejarawan terkenal, J.L. Moens berpendapat kerajaan Melayu awal, Srivijaya dipercayai berpusat.

Setakat ini belum dijumpai benda-benda arkeologi di kuala Sungai Rejang. Nan-hai-chih ada menyebut Achen (Igan) Wentuling (Bintulu). Kewujudan politi-politi awal di wilayah kebudayaan Sarawak versus wilayah kebudayaan Brunei sukar untuk ditolak dan dipisahkan daripada masa silam Sarawak Lama ataupun Sarawak Baru. Penemuan benda-benda arkeologi di tiga lembah merupakan bukti kuat tentang kewujudan politi-politi Sarawak dan bukan Brunei.


Sumber-sumber bertulis dari China dan Jawa menguatkan lagi politi-politi ini walaupun pada suatu ketika mereka jatuh di bawah ketuanan Brunei (Bo-ni) dan Majapahit. Keraguan yang timbul setakat ini adalah mengenai politi di kuala Sungai Rejang. Sumber bertulis yang telah disebutkan di atas mencatatkan beberapa buah politi tetapi artifak-artifak arkeologi belum lagi ditemui. Bagaimanapun ketuaan politi-politi Sarawak ini tidak dapat dinafikan sebagai sebahagian daripada masa silam Sarawak Lama dan Baru.


Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes