Tengkorak di Niah : Orang Asia Tenggara Asal Borneo?

Penemuan ini adalah sesuatu yang amat menarik. Kalau dikaitkan dengan satu lagi kajian DNA oleh Dr. Zafarina dari USM, dikatakan bahawa secara genetiknya pola menunjukkan bahawa penduduk Asia Tenggara berasal dari Borneo. Kalau kita lihat demografi di Borneo hal ini tidaklah mustahil kerana Borneo mempunyai kepelbagaian entik yang amat tinggi.

Adapun penemuan manusia jawa sebelum ini yang dianggarkan 100,000 tahun telah dipertikai kerana dipercayai tengkorak tersebut ialah sejenis beruk yang telah pupus dan bukannya manusia. Berlainan dengan tengkorak di Niah yang berusia 40,000 tahun merupakan tengkorak manusia moden.

Jadi asal-usul orang Nusantara daripada Borneo seolah-olah ada benarnya. Ya, kajian demi kajian perlu diteruskan sebelum memutuskan tentang asal-usul dan sejarah bangsa ini. Bagi penulis, hati dan minda sentiasa terbuka untuk menerima pelbagai penemuan dan kajian terkini pihak-pihak berwajib.


Kita bukan ingin mendabik dada dan berbangga tentang asal-usul bangsa semata-mata, tapi yang lebih penting daripada itu ialah untuk mengetahui cerita sebenar dan asal-usul sesuatu bangsa.


Rujukan

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes