Majoriti kaum/etnik di sini ialah Kedayan 5334 orang, Iban 4689 orang, Cina 486 orang, Melanau 355, Bukan Warganegara 320, Bidayuh 76 orang,Lain-lain 29 orang (Sumber Banci Penduduk 2010).
Daerah Sibuti dapat dihubungi terus melalui perjalanan darat selama lebih kurang 45 minit (48 km jalan persisir pantai & 68 km jalan Bintulu-Miri) dari bandaraya pelancongan Miri, juga boleh dihubungi melalui jalan sungai melalui laut daripada Miri memakan masa 2-3 jam (kini jarang digunakan), merupakan antara lokasi persinggahan popular sebelum meneruskan perjalanan ke Suai, Niah dan Bintulu.Amnya Daerah Kecil Sibuti terkenal dengan tanaman kelapa sawit yang merupakan mercu tanda daerah kecil ini, dan juga terkenal dengan hasil produk sungai dan laut, sayuran hutan, buah-buahan yang segar dan menyihatkan.
Sumber :
Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri
Sarawak Voice
Pusat Internet 1Malaysia (Sibuti)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.