Diwartakan pada tahun 1978, ia meliputi kawasan seluas 7,064 hektar hutan dara tepi pantai, bermula dari Sungai Likau di selatan hingga ke Sungai Similajau di utara. Merentangi sepanjang 30km, ia penuh dengan flora dan fauna dan menjanjikan pengalaman menarik menjelajah berbatu-batu pantai kosong. Fauna daratan di taman ini mempunyai 24 spesis mamalia yang direkodkan, seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang. Satu reptilia penting yang dijumpai di sini adalah Buaya Air Tawar.
Taman Negara ini juga telah merekodkan 230 spesis burung, termasuk burung kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork. Jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh melihat ikan lumba-lumba berenang di kalangan ombak. Kadangkala, penyu naik ke darat untuk bertelur.
Panduan perjalanan :
Laluan Darat
Perkhidmatan bas awam yang dikendalikan oleh Syarikat Bintulu Sdn Bhd. (SBBS) berulang-alik antara pekan Bintulu dan persimpangan jalan yang menuju ke Taman Negara (RH Jarau). Persimpangan ini dipanggil Sungai Plant Lot. Anda memerlukan pengangkutan tambahan untuk 9km terakhir ke Pejabat Taman. Anda boleh cuba untuk menumpang kenderaan yang lalu di sana. Atau, anda boleh menaiki bot sewa yang boleh membawa anda ke sana dari bandar Bintulu. Namun, adalah lebih baik jika anda menyewa teksi untuk hari itu atau kereta sewa.
Sumber : http://www.malaysia.travel/ms-my/places/states-of-malaysia/sarawak/similajau-national-park
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.