8 Fakta Mengenai Afghanistan



Afghanistan merupakan negara dikelilingi daratan yang terletak di dalam Asia Selatan dan kadang kala dirujuk juga sebagai Asia Tengah. Negara ini mempunyai penduduk kira-kira 31 juta orang. Penduduk Afghanistan dijangka meningkat kepada 82 juta pada tahun 2050 . Negara ini bersempadan dengan Pakistan di selatan dan timur; Iran di barat; Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan di utara; dan China di timur laut jauh. Keluasan Negara ini ialah 652,000 km2.

Afghanistan dihuni manusia bermula sejak Era Paleolitik Tengah, dan lokasi negara strategik di sepanjang Laluan Sutera yang berkaitan kepada budaya Timur Tengah dan bahagian-bahagian lain di Asia.

8 fakta mengenai Afghanistan.


Pertama, Afghanistan bermaksud Tanah Afghan.

 

Nama Afghanistan yang menggunakan perkataan stan dihujung namanya membawa maksud tanah. Sama seperti jiran-jirannya Kazakhstan, Uzbekistan, Pakistan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan. Lebih tepat Afghanistan merujuk kepada tanah orang Afghan. Afghan pula merujuk kepada orang Pashtun yang merupakan kaum majoriti di sini walaupun terdapat banyak lagi kaum seperti Tajik, Hazara, Uzbek, Aimaq, Turkmen, Baloch dan lain-lain. Walau bagaimanapun, semua rakyat Afghanistan digelar Afghan.

 

Kedua, Afghanistan merupakan negara landlock.

Landlock ialah negara yang terkurung daratan . Negara seperti ini  tidak memiliki wilayah yang terhubung dengan lautan atau garis pantai lautan. Tiada bersempadan dengan laut, Afghanistan dikelilingi oleh enam buah negara iaitu  China, Iran, Pakistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Tidak seperti Jazirah Arab, Afghanistan masih mempunyai sungai-sungai yang mengaliri daratannya.

 

Ketiga , Afghanistan merupakan negara Islam.

 

Afghanistan adalah sebuah negara Islam, di mana kebanyakan warganegara menganut agama Islam. Sebanyak 90% penduduknya mengikuti Islam Sunnah. Menurut The World Factbook, Muslim Sunnah terdiri antara 84.7 - 89.7% daripada populasi, dan Muslim Syiah antara 10 - 15%. Etnik majoriti Pashtun bermazhab Sunnah manakala etnik Hazara lebih kepada mazhab Syiah. Sedikit sahaja penduduk beragama Hindu yang mendiami wilyah Nuristan ataupun nama lainnya Kafiristan.

 

Keempat, Tahun Baru bukan  1 Januari.

Orang Afghan menyambut perayaan Tahun Baru pada 21 Mac yang dinamakan Nowruz. Ia juga adalah tanda permulaan musim bunga. Ramai orang Afghan akan datang melawat bandar Mazar-e-Sharif untuk menyambut perayaan ini. PBB mengiktiraf perayaan ini sebagai Senarai Warisan Kebudayaan Kemanusiaan Tak Ketara UNESCO pada 2009                dan pada 2010 mengiktiraf 21 Mac sebagai "Hari Nowruz Antarabangsa”.

 

Kelima, negara yang sering menukar bendera.

Afghanistan merupakan negara yang sangat kerap menukar bendera sejak penubuhannya. Salah satu punca Afghanistan kerap menukar bendera adalah disebabkan kerajaan pemerintah yang acap kali berubah. Turun naik kerajaan Taliban misalannya menyebabkan bendera negara pemerintah sebelumnya turut diubah.

 

Keenam, Capaian Internet yang Baik

Kebanyakan perkampungan luar bandar tidak memiliki kemudahan elektrik.Tetapi liputan internet di Afghanistan adalah yang terbaik. Rangkaian telefon bimbit dikatakan hampir mencapai 90% ketika ini walaupun peratusan rakyat yang mendapat akses bekalan elektrik adalah antara yang terendah di dunia. Teknologi telefon bimbit telah banyak mengubah kehidupan dan budaya orang Afghanistan. Orang-orang Taliban juga aktif menggunakan dengan telefon pintar, dan nikmati kemudahan email dan skype.

 

Ketujuh, negara yang pernah dan sering terjadi perang

 

Negara ini menyaksikan pelbagai kempen ketenteraan, terutamanya oleh Iskandar Agung, Arab Muslim, Mongol, British, Soviet Rusia, dan dalam era moden dengan kuasa-kuasa Barat. Afghanistan juga menjadi  sumber kepada beberapa empayar seperti Kushan, Hephthalite, Samanid, Saffarid, Ghaznawiyah, Ghoriyah, Khilji, Mughal, Hotak, Durrani, dan lain-lain.

Sejarah politik negara moden Afghanistan bermula dengan dinasti Hotak dan Durrani pada abad ke-18. Setelah merdeka daripada British pada 1919, Afghanistan diceroboh Soviet Union pada 1979 sehingga 1989. Dituduh melindungi pengganas seperti Osama bin Laden, Afghanistan selepas peristiwa serangan WTC 11 September 2001 diserang oleh Amerika Syarikat. Taliban yang memerintah ketika itu terpaksa berundur dari tampuk pemerintahan. Namun begitu, Taliban tidak pernah mengalah. Mereka meneruskan perjuangan untuk menguasai Afghanistan daripada kerajaan Pakatan Utara yang dibentuk oleh Amerikas Syarikat. Pada 15 Ogos 2021, Amerika Syarikat secara rasmi mengundurkan tentera dan memberi peluang kepada Taliban menawan semula Kabul untuk mentadbir semula Afghanistan.

 

Kelapan , Afghanistan kaya dengan sajak.

 

Budaya orang Afghan sememangnya kaya dengan karya sajak. Budaya penceritaan hidup dalam bentu sajak ini telah pun bermula lebih dari 1,000 tahun. Di Herat, malam Khamis adalah dipanggil ‘poetry night’ di barat Herat – kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak akan berkumpul untuk berkongsi sajak klasik dan sajak moden, memperdengarkan muzik tradisional Herat sambil menikmati teh manis dan pastri sepanjang malam.

 

Semoga Afghanistan terus aman dan makmur daripada pergolakan sama ada dari dalam atau luar wilayahnya. Kami memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan info yang diberikan memandangkan terdapat sumber pro dan anti Barat yang adakalanya sukar untuk memuaskan kedua-dua pihak. Jangan LIKE, SHARE & SUBSCRIBE Channel YouTube kami , Comebara. Sekian sahaja daripada kami Comebara, terima kasih.


Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes