Mengapa Papua Ingin Merdeka

Pulau Papua merupakan pulau yang kedua terbesar di dunia. Nama lain bagi pulau ini ialah pulau New Guinea. Pulau ini terbahagi kepada dua buah negara iaitu Indonesia di sebelah barat dan Papua New Guinea di sebelah Timur. Kali ini kita ingin merujuk isu menagapa wilayah Papua yang ditadbir oleh Indonesia ingin merdeka atau erti kata lain , ingin keluar dan bebas mendirikan negara sendiri. 1. Orang Papua berasa terancam dengan kehadiran kaum imigran dari wilayah-wilayah lain di Indonesia. Pulau Papua sememangnya sebuah pulau yang besar , namun penduduk asli di sini tidaklah banyak. 2. Hubungan persaudaraan yang lebih dekat dan kuat dengan negara jiran iaitu Papua New Guinea serta negara-negara Melanesia dan Asia Pasifik. Memang kebudayaan merupakan satu hal yang sangat kuat di kalangan masyarakat sehingga apabila memiliki banyak kesamaan budaya berarti memiliki saudara. 3. Awal kemerdekaan Indonesia sebenarnya tidak merangkumi wilayah Papua Barat. Ketika Indonesia merdeka daripada Belanda pada tahun 1949, wilayah Papua Barat tidak termasuk dalam negara baru, namun tetap berada di bawah kekuasaan Belanda. Setelah Indonesia menduduki wilayah tersebut pada tahun 1963, gerakan kemerdekaan dimulai. 4. Kekayaan sumber alam yang banyak seperti emas merupakan pendorang orang Papua ingin mengurus sendiri kekayaan sumber alam ini untuk orang tempatan sendiri. 5. Keluasan wilayah Indonesia yang sangat besar menyebabkan jurang pembangunan di sesuatu tempat . Hal ini terbukti dengan kemerdekaan Timor Leste yang ingin menjadi ikutan dan dorongan wilayah-wilayah lainnya.

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes